AKU

My photo
Jari-jemari ku tidak boleh berfikir, mulutku tidak pandai menaip,otakku tidak boleh berkata-kata,hati dan perasaanku hanya Tuhan yang tahu...

Thursday

POCO-POCO

Salam...pada kali ini aku ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana aku sendiri pernah buat.Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya aku tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat
aku,membuatkan aku tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini

"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.ebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cumatarian pocoh2ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan."
Masya Allah...aku pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,aku menyeru kepada diri aku dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM. ...

No comments: