AKU

My photo
Jari-jemari ku tidak boleh berfikir, mulutku tidak pandai menaip,otakku tidak boleh berkata-kata,hati dan perasaanku hanya Tuhan yang tahu...

Wednesday

KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL…

KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL…

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan. (baru boleh feel...hehe)


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan"


Katanya "Maafkan saya juga,

Saya tak nampak saudara"


Kami amat bersopan dan saling menghormati,

Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,

Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,


Lewat petang, tika memasak makan malam,

Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,

Terdengar suara halus datang membisik,


"Bila bersama orang tak dikenali,

Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",


"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",


"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",


"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"


"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"


"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,


"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,


Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,

Adik tetap sayang ibu melebihi segala,


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,

dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,

syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,

dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,

akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

adi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna

"FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Tuesday

Permpuan@Wanita@Gadis..Ingatlah!

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Saturday

Keagungan dan Keutamaan Jihad


Keagungan Jihad di Dalam al-Quran
Al-Quran telah menempatkan jihad pada urutan yang paling utama di antara ibadah-ibadah yang lain. Al-Quran menyatakan dengan sangat jelas, agar kaum Muslim mencintai Allah dan RasulNya, serta jihad di jalan Allah di atas cintanya kepada yang lain. Allah SWT berfirman;“Katakanlah 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. ' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” [TMQ al-Taubah (9):24]
Al-Quran juga membandingkan perbuatan-perbuatan baik di dalam Islam dengan aktiviti jihad fi sabilillah. Allah swt berfirman:“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [TMQ al-Taubah (9):19]Al-Quran juga melebihkan mujahid (orang yang berjihad) di atas orang tidak pergi berjihad. Allah swt berfirman:“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang), satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [TMQ al-Nisa’ (4):95-96
Keutamaan dan Keluhuran Jihad di Dalam Sunnah
Hadis-hadis shahih telah menuturkan keagungan dan keluhuran jihad fi sabilillah di atas amal-amal soleh yang lain.
1. Jihad Adalah Amal Yang Paling Utama
Di dalam sebuah hadis dituturkan, bahawa Rasulullah saw telah menetapkan kedudukan jihad sebagai amal yang utama dibandingkan dengan amal-amal yang lain, setelah beriman kepada Allah SWT. Bahkan, jihad ditempatkan sebagai ra’s al-’amal (pangkal dari amal). Imam Bukhari menuturkan sebuah hadis dari Abu Dzarr ra, bahawasanya ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:“Amal apa yang paling utama? Nabi SAW menjawab, “Iman kepada Allah, dan jihad di jalanNya.”[HR. Bukhari] Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan, ‘Hadits ini menunjukkan bahawa jihad merupakan amal yang paling utama setelah iman kepada Allah.” [1]
2. Orang Yang Pergi Berjihad Tidak Boleh Ditandingi Oleh Orang Yang Tidak Berangkat Berjihad
Dalam riwayat lain dinyatakan, bahawa kaum Mukmin yang tidak berangkat jihad, meskipun ia berusaha dengan sungguh-sungguh melaksanakan amal kebaikan dan taqwa, dirinya tidak mampu menyamai orang yang pergi ke medan jihad. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawasanya para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:“Ya Rasulullah! Amal apakah yang boleh menyamai jihad fi sabilillah? Nabi SAW bersabda, “Kalian semua tentu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Para sahabat pun mengulangi pertanyaannya dua atau hingga tiga kali, namun setiap kali diajukan pertanyaan itu, Rasulullah SAW menjawab, “Kalian tidak akan mampu mengerjakannya.” Selanjutnya, pada pertanyaan yang ketiga, baginda SAW bersabda, “Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah seperti halnya sa’im (orang yang berpuasa) yang selalu mentaati ayat-ayat Allah, dan ia tidak berhenti dari solat dan puasanya, hingga mujahid di jalan Allah itu pulang kembali.” [HR Muslim] Ini adalah redaksi hadis menurut versi Muslim. Sedangkan menurut versi Imam Bukhari disebutkan, “Seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW, dan bertanya, “Tunjukkan kepadaku, amal apakah yang boleh menyamai jihad? Nabi SAW menjawab, “Aku tidak mendapati amal yang boleh menyamai jihad? Kemudian baginda SAW bertanya, “Apakah kamu mampu (mengerjakannya) , jika seorang mujahid pergi berjihad, lalu kamu masuk ke masjidmu, kamu kerjakan solat tanpa pernah berhenti, dan kamu kerjakan puasa tanpa pernah berbuka? Kemudian ia berkata, “Lantas, siapa yang mampu mengerjakan hal itu?” Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya, berperangnya seorang mujahid berapa pun lamanya, nescaya akan ditulis baginya kebaikan-kebaikan.” [HR. Bukhari]Al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam Fath al-Baariy menyatakan, “Imam Fudlail bin ‘Iyadl mengatakan, “Hadits ini menjelaskan keagungan jihad. Sebab, puasa dan ibadah-ibadah lain yang telah disebutkan keutamaan-keutamaan nya di dalam hadis ini, seluruhnya setara dengan jihad. Bahkan, semua hal mubah yang dilakukan oleh seorang mujahid sebanding dengan pahala orang yang mengerjakan solat dan ibadah lainnya. Oleh karena itu, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Sedangkan keutamaan tidak ditetapkan dengan jalan qiyas, akan tetapi ia adalah ketetapan dari Allah SWT kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Hadis ini menjadi bukti, bahawa jihad adalah seutama-utama amal secara mutlak.” [2]Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan keagungan dan keutamaan jihad dibandingkan amal yang lain. Sebab, solat, puasa, serta mentaati ayat-ayat Allah merupakan amal yang utama. Akan tetapi, Allah SWT menyetarakan kedudukan seorang mujahid dengan orang yang mengerjakan solat, puasa, dan mentaati ayat-ayatNya tanpa pernah berhenti –padahal ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang manusia pun. Oleh karena itu, hadis ini dengan sangat jelas menunjukkan, bahawa jihad adalah seutama-utama ibadah di sisi Allah SWT. [3]
3. Jihad Sebagai Wasilah Menghindarkan Seksa
Sunnah juga menjelaskan bahawa jihad fi sabilillah merupakan wasilah (medium) untuk menyelamatkan diri dari api neraka dan seksa Allah di hari kiamat kelak. Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat, bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Tidaklah akan dijilat api neraka, debu-debu yang melekat di kaki seorang hamba yang berjihad di jalan Allah.” [HR Bukhari] Hadis ini juga menunjukkan keutamaan dan keagungan jihad di jalan Allah. Ibnu al-Munayyir menyatakan, bahawa siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan haramkan dirinya masuk ke dalam api neraka, baik ia berperang secara langsung mahupun tidak. [4] Sebab, debu-debu yang melekat di kaki para mujahid akan menyelamatkan dirinya dari seksa api neraka. Di dalam riwayat lain dinyatakan, “Siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 1000 tahun perjalanan penunggang kuda yang memecut laju.” [HR Imam al-Thabarani di dalam al-Ausath].
4. Jihad Dapat Menghapus Dosa
Di riwayat yang lain juga diceritakan mengenai keberkatan jihad fi sabilillah meskipun dilakukan sebentar; yakni dapat menghapus dosa-dosa orang yang melakukannya. Dari Ibnu ‘Aidz diriwayatkan, bahawasanya ia berkata, “Rasulullah SAW keluar mendatangi jenazah seorang lelaki. Ketika jenazah itu diletakkan, ‘Umar bin Khaththab berkata, “Jangan engkau solatkan Ya Rasulullah! Dia itu orang fajir.” Nabi SAW segera menoleh kepada orang banyak dan bertanya, “Apakah ada di antara kalian yang pernah melihat dirinya mengerjakan amal Islami? Seorang laki-laki menjawab, “Benar, Ya Rasulullah! Ia pernah menyibukkan diri dalam jihad di jalan Allah di suatu malam.” Nabi SAW pun mensolatinya, dan kemudian mengusap jenazah itu dengan tanah, seraya berkata, “Sesungguhnya, sahabatmu menduga engkau termasuk penduduk neraka, akan tetapi aku bersaksi bahawa engkau adalah penduduk syurga.” [HR. Imam Baihaqiy di Sya'b al-Iimaan]; Dan masih banyak lagi hadis-hadis yang memiliki pengertian yang sama.
5. Kaum Mujahid Adalah Seutama-utama Manusia
Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat dari Abu Sa’id al-Khudriy, bahawasanya ia berkata:“Rasulullah SAW ditanya, siapakah orang yang mulia (utama)? Beliau menjawab, “Seorang laki-laki yang berjihad di jalan Allah.” [HR Bukhari]Hadis ini dengan sarih (jelas) telah menjelaskan kepada kita, bahawa orang yang berjihad di jalan Allah menduduki tempat yang utama. Kaum salaf al-soleh sangat memuliakan orang-orang yang dimuliakan Allah SWT. Mereka berlumba-lumba untuk memuliakan dan menghormati orang yang berjihad di jalan Allah. Di dalam kitab al-Sair al-Kabiir dituturkan sebuah riwayat dari Mujahid (beliau adalah seorang tabi’in dan termasuk muridnya Ibnu Umar), bahawasanya ia (Mujahid) berkata, “Saya hendak pergi berjihad”. Mendengar ini, Ibnu Umar segera menuntun kudaku!! Aku pun melarang dirinya melakukan hal itu. Namun, ia berkata, “Apakah kamu tidak suka aku mendapatkan pahala? Sungguh, telah sampai berita kepada kami (Ibnu ‘Umar) bahawa orang yang membantu kaum Mujahid, maka kedudukannya diantara penduduk dunia tak ubahnya dengan kedudukan Malaikat Jibril di antara penduduk langit.” [5]

Peta Tanah Milik Kaum Muslimin, Palestin Dirampas Israel


Palestin merupakan tanah milik kaum Muslimin yang telah dibebaskan sejak dahulu oleh Umar al-Faruq. Setelah Barat sekian lamanya menyerang Khilafah hingga akhirnya runtuh, pihak penjajah menjanjikan tanah bagi Israel. Pada tahun 1947, melalui bantuan PBB tanah Palestin dirampas Israel. Perampasan itu terus dilakukan hingga ke hari ini. Pengusiran, perampasan tanah, hingga pembunuhan dilakukan oleh penjajah Israel itu. Berikut gambaran peta wilayah negeri Islam Palestin, tanah milik kaum Muslimin yang diberkati itu terus dirampas penjajah Israel. Di manakah para pembebas Al-Faruq itu kini?

Para Pemerintah Muslim Sebenarnya Menyokong Israel

“Jikalau saya seorang pemimpin Arab, saya tidak akan menandatangani perjanjian dengan Israel. Itu adalah lumrah; kita telah merampas negara mereka. Adakah benar Tuhan menjanjikannya kepada kita, tetapi bagaimana ia boleh membuatkan mereka tertarik dengannya (mengadakan perjanjian)? Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Mereka telah menjadi anti-semitik, Nazi, Hitler, Auschwitz, tetapi adakah itu salah mereka? Mereka hanya melihat satu perkara; kita telah datang dan merampas negara mereka. Mengapakah mereka menerimanya?
-David Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama Israel. [Dipetik dari Nahum Goldmann dalam Le Paraddoxe Juif (The Jewish Paradox), pp121]
Kenyataan yang dibuat oleh Ben Gurion pada tahun 1948 ini telah memperlihatkan status sebenar para pemerintah Muslim di mata Zionis. Malah Perdana Menteri pertama Israel Ben Gurion telah menganggap perbuatan menandatangani perjanjian oleh pemerintah Muslim dengan negara Israel adalah suatu pengkhianatan terhadap orang-orang yang mereka wakili. Walaubagaimanapun, pada hari ini para pemerintah Muslim bukan sahaja terlibat dalam pengkhianatan dengan menandatangani perjanjian bersama negara Israel, mereka juga bekerja untuk membaiki hubungan antara entiti haram ini dengan negara-negara kaum Muslimin dan mereka juga membantah sebarang penentangan untuk menakluki negara Israel. Inilah sebabnya Ben Gurion menganggap para pemerintah Muslim telah berada di dalam khemah Israel apabila dia mengatakan bahawa rejim Arab adalah barisan pertahanan pertama bagi Israel. Dia juga menyatakan bahawa “Rejim kaum Muslimin adalah palsu dan mudah bagi kita untuk melemahkan mereka” [David Ben-Gurion, Mei 1948, kepada Staf Jeneral. Daripada Ben-Gurion, Sebuah Biografi, oleh Michael Ben-Zohar, Delacorte, New York, 1978].
Apa yang dimaksudkannya dengan ‘palsu’ adalah para pemerintah Muslim ini telah secara palsunya dilantik ke atas umat Islam sejak Khilafah Uthmaniyyah telah dilenyapkan pada tahun 1924.
Kegagalan para pemerintah Muslim untuk bertindak balas ke atas penyerangan yang dilakukan oleh kaum kafir di sepanjang masa ke atas umat Islam telah mendedahkan lagi pengkhianatan mereka ini Kemuncak pengkhinatan ini telah dapat disaksikan ketika peperangan yang berlaku antara Israel dan Hizbullah tidak lama dahulu di mana para pemerintah Muslim telah menuduh Hizbullah mengapi-apikan peperangan tersebut. Walhal secara hakikatnya, peperangan tersebut telah diprovokasi oleh Israel di dalam perancangannya untuk melucutkan senjata Hizbullah, di mana ia merupakan satu-satunya pasukan tentera dalam rantau itu yang menentang Israel dan melindungi rakyat dari serangan Israel. Kebanyakan sebaran media yang cenderung ke arah Barat telah menuduh Hizbullah dalam memulakan peperangan, tetapi apabila dikaji sebuah laporan PBB di dalam perkara berkaitan konflik sejak Israel mengundurkan tenteranya dari Lebanon pada tahun 2000, laporan tersebut banyak menyebut tentang pelanggaran perjanjian oleh Israel:
“Berkaitan pencerobohan udara, laporan tersebut menyatakan jet pejuang Israel telah menceroboh garisan sempadan hampir pada setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon” (Januari-Julai 2001)
“Hal sama yang berkaitan, dinyatakan Setiausaha Agung, pencerobohan udara oleh Israel di Garisan Biru, di mana ia berterusan hampir setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon. Penyerangan ini tidak dijustifikasi dan melibatkan kepentingan besar orang awam, terutamanya penerbangan beraltitud rendah yang memecahkan halangan bunyi di kawasan-kawasan yang didiami penduduk”. (Januari-Julai 2002)
“Setiausaha Agung telah menyuarakan keprihatinan yang mendalam di mana “Israel tidak berganjak di dalam provokasinya dan tiada justifikasi di dalam pencerobohan udara terhadap wilayah Lebanon yang berdaulat. Tindak balas Hizbullah dengan menembak peluru anti-jet pejuang di sepanjang Garis Biru “adalah suatu pelanggaran yang meletakkan kehidupan manusia di dalam bahaya”, tambah beliau.” (Januari-Julai 2004). - Laporan Setiausaha Agung kepada Majlis Keselamatan pada 2001/2002/2004. -
Daripada laporan Setiausaha Agung pada tahun 2004, Israel-lah yang telah membuat provokasi dan Hizbullah cuma bertindak balas ke atas pencerobohan Israel.
Berkaitan dengan ‘penculikan’ tentera Israel, laporan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (JPMA) pada tahun 2006 telah menjelaskan:“Pada akhir tahun 2005, kira-kira 11,200 orang Palestin telah ditahan oleh Israel di unit penyiasatan, pusat tahanan sementara, kem tahanan tentera, penjara dan balai polis”“12,192 tahanan diziarahi, termasuk 7504 dipantau secara individu (melibatkan 131 wanita, 565 kanak-kanak dan remaja).
Dokumen tersebut menyatakan JPMA telah mengeluarkan dokumen kepada 17,882 tahanan, jadi jumlah sebenar tahanan yang ditangkap secara tidak sah adalah lebih tinggi. Jumlah yang diberikan ini adalah tahanan di mana JPMA mempunyai maklumat berkaitan mereka. Terdapat banyak lagi jumlah kaum Muslimin yang telah hilang dan jumlahnya tidak dinyatakan di dalam laporan. Kebanyakan tahanan telah diculik di jalan-jalan sama ada di Palestin ataupun di Lebanon. Perlu diingat bahawa 565 daripadanya adalah kanak-kanak dan remaja. Jadi apabila Israel mendakwa bahawa ia telah diprovokasi untuk berperang dengan Lebanon disebabkan oleh penculikan 3 orang tenteranya oleh Hizbullah, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dan ia hanyalah suatu penyelewengan kebenaran. Amat jelas untuk melihat bahawa sebenarnya Israellah yang melakukan provokasi.
Fakta yang ditunjukkan di atas telah diketahui umum di rantau tersebut terutamanya para pemerintah Muslim, tetapi mereka masih menuduh Hizbullah yang mengapi-apikan peperangan, di mana ini membolehkan mereka menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak bertindak. Malah mereka juga telah menyeru kepada perpecahan di kalangan umat Islam dengan menyatakan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan mazhab, yang memisahkan antara Syiah dan Sunni, dengan menguar-uarkan bahawa Hizbullah adalah Syiah dan disokong oleh Iran. Sebab utama mereka tidak mahu bertindak adalah kerana mereka sebenarnya tidak menjaga kepentingan umat, tetapi mereka menjaga kepentingan penjajah mereka iaitu Amerika dan Britain.
Menurut Abdullah Mohamed, seorang Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kuwait:“Menuduh Hizbullah adalah satu mesej yang ingin disampaikan oleh negeri-negeri ini kepada AS, dengan mengatakan bahawa merekalah asas kepada kestabilan dan akan terus berkhidmat untuk kepentingan AS di rantau ini.” Kenyataan Presiden Mubarak menggambarkan pendirian pemerintah Muslim di kawasan tersebut:“Mereka yang menyeru supaya Mesir terlibat di dalam peperangan untuk mempertahankan Lebanon atau Hizbullah tidak sedar bahawa masa untuk cabaran secara luaran sudah tamat,”“Mereka yang meminta supaya berperang akan mengakibatkan kita semua hilang segala-galanya di dalam sekelip mata.”“Tentera Mesir hanya untuk mempertahankan Mesir sahaja dan ini tidak akan berubah,” Press Trust of India – Kaherah, 26 Julai, 2006.
Pada suatu masa para pemerintah ini menyeru kepada kesatuan Arab dan mereka juga mendakwa menganut kesatuan Muslim melalui OIC. Tetapi apabila dicabar supaya bertindak melalui kesatuan ini, mereka menganut kepentingan diri. Kenyataan Mubarak mengingatkan kita kepada kata-kata Musharraf apabila Afghanistan diceroboh oleh AS pada 2002, dia mengatakan “Pakistan adalah lebih
Kita jangan sekali-kali diperbodohkan dengan berfikir bahawa mereka akan mempertahankan negara-bangsa. Seperti yang kita maklum di Iraq, Saddam Hussein tidak melepaskan tentera untuk mempertahankan bangsanya terhadap percerobohan pasukan tentera AS, tetapi rakyat dan tentera secara individu yang mengangkat senjata untuk mempertahankan Baghdad pada tahun 2003. Malah kenyataan yang dibuat oleh Raja Abdullah Jordan, Raja Abdullah Arab Saudi dan Hosni Mubarak yang mengkritik Hizbullah, secara tersiratnya telah memberi justifikasi kepada Israel untuk menyerang dan ia mengambilnya sebagai isyarat lampu hijau untuk menakluk Lebanon.
Para pemerintah Muslim telah memberi seribu satu alasan untuk tidak mahu bertindak. Salah satu sebabnya adalah kerana ketenteraan Israel, di mana tindakan berkonfrontasi dengan Israel akan membahayakan ekonomi negara mereka. Mari kita kaji apakah pilihan yang ada bagi para pemerintah ini:-Ketenteraan – Konfrontasi secara langsungMemencilkan ekonomi dan kebudayaan Israel
KetenteraanJumlah yang pernah diterbitkan menunjukkan bahawa tentera kaum Muslimin jika digabung adalah mengatasi jumlah pasukan tentera Israel dengan nisbah 68 tentera Muslim terhadap 1 tentera Israel. Negeri kaum Muslimin membelanjakan hampir 17 kali ganda perbelanjaannya dalam ketenteraan berbanding Israel. Jadi adalah jelas, sekiranya pasukan tentera kaum Muslimin bersatu, ia menjadi kuasa tentera yang dominan di rantau ini. Malah dengan teknologi termaju ketenteraan yang dimiliki, Israel masih tidak mampu untuk mengatasi jumlah pasukan tentera yang sangat besar ini




dilihat pada sempadan Israel, jelas bahawa adalah suatu yang mustahil bagi Israel untuk mempertahankan dirinya jika diserang serentak melalui darat oleh Mesir, Jordan dan Syria. Mungkin ada yang tertanya, pernahkah negeri-negeri ini terlibat dengan peperangan menentang Israel sebelum ini? Jawabnya ya mereka pernah, tetapi peperangan tersebut secara realitinya adalah sekadar ‘suasana perang’, dengan objektif ingin mendapatkan perdamaian dengan Israel. Ini dinyatakan oleh Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya “Jalan Menuju Ramadhan”, di mana beliau memetik kata-kata salah seorang Jeneral Sadat, Mohammed Fouwzi yang memberi analogi seorang samurai mengeluarkan dua pedang, satu pedang panjang dan satu pedang pendek untuk persediaan peperangan. Fouwzi mengatakan perang ini (1967 – perang 6 hari) adalah kes perang pedang pendek, menunjukkan perang yang terhad untuk motif tertentu. Pengkhinatan yang dahsyat terhadap umat oleh Mesir pada ketika ini bersaing dengan Turki dalam membantu Israel di dalam latihan ketenteraannya. Sepertimana agensi berita Turki melaporkan;“Perjanjian ketenteraan berbilion dolar, kerjasama perisikan, perancangan pergerakan tentera dan rahsia operasi telah dibuat antara Turki dan Israel. Jet-jet pejuang Israel terbang merentasi Konya. Projek bersama perlindungan peluru berpandu sedang menjadi agenda kedua-dua Negara; ia sedang dipertimbangkan supaya peluru berpandu ditempatkan di sempadan Iran dan Syria. Dalam kawasan 20 ribu kilometer persegi di lembah Konya, terdapat perancangan ketenteraan bagi ratusan jet pejuang untuk melakukan serangan bom nuklear. Banyak lagi contoh seperti ini boleh didapati. Pendek kata, Turki adalah sahabat baik dan sekutu bagi Israel.” Sekatan EkonomiDiketahui dengan jelas bahawa Israel melalui tanah, laut dan ruang udaranya adalah dikelilingi oleh negeri-negeri kaum Muslimin. Maka Isarel bergantung kepada negeri-negeri kaum Muslimin untuk terus kekal dan juga untuk memasuki dunia luar. Apakah kesan sekiranya sekatan laut, darat dan udara dikenakan? Sekatan LautSebanyak 98% daripada kegiatan import dan eksport Israel adalah melalui laut. (www.jewishvirtuall ibrary.org) . Israel melalui pasukan tentera lautnya telah mengenakan sekatan laut ke atas Lebanon, adalah sesuatu yang mudah sebenarnya bagi Mesir, Syria dan Turki untuk mengenakan pula sekatan laut ke atas Israel yang menjangkau sehingga ke Laut Mediteranean. Israel mengimport 90% daripada keperluan petroleumnya, di mana kebanyakannya diangkut melalui kapal-kapal tangki minyak. Sekatan ini akan memberi kesan yang sangat besar ke atas sumber tenaga utama mereka. Kebanyakan pelabuhan minyaknya terletak di Ashkelon dan Eilat. Pada waktu ini, pelabuhan di Ashkelon menerima minyaknya dari kapal-kapal tangki Rusia melalui Bosphorus, kawasan yang dikuasai Turki. Pada tahun 1989, Mesir membekalkan 45% daripada keperluan Israel tetapi lama-kelamaan ia telah diganti oleh minyak dari Rusia, iaitu kira-kira 26-30% daripada keperluannya. Kapal-kapal tangki minyak yang sampai ke Eilat perlu melalui Teluk Aqaba di mana sumber bekalan air di kawasan itu dikuasai oleh Arab Saudi dan Mesir. Ini merupakan bekalan air utama dan sekatan dengan mudahnya dapat dikenakan. Pelabuhan di Eilat adalah sangat strategik di mana ia akan menjadi kunci jalan masuk kepada pusat pengagihan minyak bagi Asia Tengah ke pasaran dunia luar. Syarikat minyak BP merancang untuk mengepam minyak melalui salur minyak dan gas di Baku-Tbilisi- Ceyhan merentasi Turki melalui saluran Tipline Israel ke Eilat. Kesemua laluan ini semestinya memerlukan persetujuan daripada negeri-negeri kaum Muslimin. Dengan atas nama keperluan tenaga, Mesir telah menandatangani perjanjian dengan Israel pada bulan Julai 2005 untuk membekalkan Israel antara “1.7 hingga 3 billion kaki padu gas asli setiap tahun selama 15 tahun”. (www.arabicnews. com)Dengan mengenakan sekatan ia dengan mudahnya membatalkan segala perjanjian yang telah dibuat, sekaligus akan mendedahkan betapa khianatnya para pemerintah ini dalam membantu Israel:“Kapal-kapal Israel dan kargo yang menuju atau yang datang dari Israel, akan menikmati hak untuk perjalanan bebas melalui Terusan Suez dan mendekati Teluk Suez dan Laut Mediteranean atas dasar Konvensyen Konstantinopel 1888”“Pihak yang terbabit menimbang supaya Selat Tiran dan Teluk Aqaba untuk menjadi laluan air antarabangsa yang dibuka kepada semua bangsa tanpa sekatan dan tanpa penangguhan kebebasan untuk pelayaran dan penerbangan”.“Telah dipersetujui bahawa hubungan ini adalah termasuk penjualan komersial biasa minyak bagi Mesir ke Israel, dan Israel akan sepenuhnya terlibat untuk membuat bidaan bagi minyak yang datang dari Mesir” (Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Republik Arab Mesir – 26/03/1979).Sekatan laut juga berupaya untuk mengawal perkapalan yang membawa keperluan air dari Turki ke Israel. Israel dan Turki telah menandatangani perjanjian “air untuk senjata” pada bulan Januari 2004 di mana Turki akan “menghantar 50 juta meter padu air setiap tahun selama 20 tahun dari sungai Manavgat di Anatolia” ke Israel menggunakan kapal-kapal tangki. (Guardian UK).Sekatan DaratBerikut adalah perjanjian dagang yang dibuat bertujuan supaya barang-barang yang didagangkan dapat merentasi sempadan antara Israel, Mesir dan Jordan:Perjanjian Perniagaan dan Perdagangan (08/05/1980) – “Memastikan pergerakan bebas barang-barang antara dua negara, setiap pihak akan melayan pihak yang lain, undang-undang, peraturan-peraturan , dan prosedur-prosedur biasa yang digunakan dalam negara berkaitan pengimportan dan pengeksportan barang-barang dan komoditi”. “Kedua-dua negara akan saling memberi izin dan saling memberi layanan sebagai bangsa yang memihak antara satu sama lain”.Kesan daripada perjanjian ini telah menyebabkan peningkatan eksport daripada Israel ke Mesir dan Jordan seperti yang dilaporkan di bawah:“Eksport Israel ke Mesir dan Jordan dari bulan Januari-Mei 2006 telah meningkat. Terima kasih kepada perjanjian Zon Layak Industri yang dimeterai antara Israel dengan kedua-dua negara jirannya…eksport ke Mesir telah meningkat sebanyak 93% ke USD$48.7 juta. (www.port2port. com)Sekatan darat berupaya memberi kesan ke atas perdagangan, pos, dan komunikasi antara Israel dengan komuniti antarabangsa.Sekatan UdaraPerjanjian Pengangkutan Udara – 08/05/1980 – “Untuk terbang tanpa mendarat merentasi wilayah pihak yang terikat dengan perjanjian.” “Untuk berhenti/singgah dalam wilayah untuk tujuan bukan trafik….Perjanjian bertujuan untuk menghantar dan mengambil penumpang antarabangsa, kargo dan pos menuju kepada atau datang dari wilayah pihak yang terikat dengan perjanjian.”Penerbangan antarabangsa yang menuju ke Israel dan yang datang dari Israel telah mempergunakan koridor udara melalui negeri-negeri umat Islam. Dengan mengenakan sekatan akan mengakibatkan kesan yang sangat besar ke atas pelancongan dan saluran komunikasi utama yang mana ia akan mempengaruhi operasi negara Israel.Negeri-negeri kaum Muslimin telah menyokong seruan supaya umat memboikot barangan Israel secara individu namun tidak ada apa yang dibuat di peringkat negara. Boikot yang dikenakan oleh umat Islam sangat memberi kesan kepada barangan Israel dan Amerika. Pada tahun 2002, boikot yang dikenakan umat Islam di Arab Saudi sahaja ke atas produk Amerika telah mengakibatkan kejatuhan sebanyak USD$2 juta dalam eksportnya. Walaubagaimanapun jumlah ini tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan negara-negara Teluk ini terhadap AS. Akhbar Rusia Pravda telah melaporkan jumlah aset bagi enam negara Teluk adalah kira-kira USD$1.4 trillion, di mana 78% daripadanya berada dalam negara-negara G8. Jumlah ini dianggarkan dua kali ganda dan lebih jika diambilkira pelaburan yang tidak langsung dan kerjasama yang melibatkan negara-negara Teluk dan negera-negara Barat. Tuntutan mahkamah sebanyak USD$1 trilion terhadap Arab Saudi oleh ahli waris akibat serangan Amerika telah mendedahkan pelaburan Saudi di AS adalah kira-kira USD$750 bilion (Ogos 2002 – BBC).Sekatan KebudayaanDalam bidang pendidikan, media dan kebudayaan, perjanjian telah ditandatangani antara Israel dan negara-negara umat Islam yang berjiran dengannya. Matlamatnya adalah bertujuan supaya kebudayaan Islam dapat dilenyapkan dan bagi menjadikan Israel dapat diterima oleh masyarakat kaum Muslimin. Berikut adalah tiga contoh perjanjian yang dibuat:Protokol Pendidikan Untuk Mendirikan Pusat Akademik Israel di Kaherah (25/02/1982) – “Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mendirikan pusat akademik Israel di Kaherah…pusat ini akan didirikan oleh Persatuan Oriental Israel…”, “menyediakan layanan dan bantuan kepada warga Israel dalam biasasiswa dan para ilmuan pelawat”. Menganjurkan seminar-seminar bagi para ilmuan pelawat dan bagi para penyelidik serta menyediakan peluang bagi mereka untuk bertemu dan bekerjasama dengan para ilmuan dan para penyelidik Mesir.”Media – Protokol Kerjasama Antara Pihak Berkuasa Penyiaran Israel dengan Radio dan TV Kesatuan Republik Arab Mesir – 16/02/1982 – "Kedua-dua pihak akan saling bertukar program radio dan televisyen dan filem-filem televisyen, yang menggambarkan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan kehidupan saintifik dalam negara masing-masing" .Kebudayaan – Perjanjian Kebudayaan Antara Negara Israel – 08/05/1980 – "kedua-dua pihak akan menggalakkan dan mempromosikan remaja serta sukan remaja dan institusi sukan dalam setiap negara". "Kedua-dua pihak akan menggalakkkan kerjasama dalam kebudayaan, kesenian, dan bidang sains…"…"Pertukaran kebudayaan, pendidikan dan terbitan saintifik".Ia tidak berakhir di sini. Kita semua tahu bahawa antara tujuan PLO diwujudkan adalah untuk mengalihkan tanggungjawab daripada mempertahankan kaum Muslimin di Palestin dan melindungi Masjid al-Aqsa beralih kepada organisasi bersifat nasionalistik seperti PLO. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab para pemerintah Muslim yang mempunyai kekuatan untuk melakukannya, tetapi sebaliknya mereka cuba untuk mengalihkan pandangan umum supaya tidak berharap kepada mereka. Samalah juga halnya pendirian yang diambil apabila isu memboikot Israel ditimbulkan untuk menggalakkan umat dalam memboikot barangan Israel dan juga barangan Amerika kerana sokongan Amerika ke atas Israel, sedangkan mereka sendiri menipu umat dengan mengimport produk-produk Israel dengan menggunakan label syarikat-syarikat Muslim. Telah dilaporkan pada tahun 2002, sejumlah USD150 juta barangan Israel telah diimport ke dalam Arab Saudi sahaja melalui 72 syarikat di Jordan, 70 syarikat di Cyprus, 23 syarikat di Mesir dan 11 syarikat di Turki. Rejim-rejim ini menggunakan negara ketiga sebagai topeng untuk menutup punca sumber barangan tersebut. (Deutsche Presse-Agentur) .KhatimahMungkin ada yang berfikir bahawa ini adalah pendapat yang terlalu mudah berkenaan situasi ini dan adalah tidak mudah untuk mengerahkan tentera dan adalah sukar untuk mendapatkan persetujuan dalam meluluskan bagi mengenakan sekatan ke atas sesuatu negara. Jika begitu halnya, mengapakah para pemerintah Muslim sanggup mengumpulkan pasukan tenteranya dan menyertai sekutu Anglo-Amerika dalam usaha mengusir Saddam keluar dari Kuwait? Sudah pasti pada pandangan PBB dan masyarakat antarabangsa, penaklukan Saddam Hussein ke atas Kuwait tidak ada bezanya dengan penaklukan Israel ke atas Lebanon. Adakah boleh bagi PBB untuk mengenakan sekatan, larangan ruang udara dan sekatan laut selama 10 tahun tanpa persetujuan kerjasama daripada para pemerintah Muslim? Sepertimana Israel, Iraq juga dikelilingi oleh negeri-negeri umat Islam. Para pemerintah Muslimlah sebenarnya yang mengenakan sekatan-sekatan ini. Bolehkah kita mengingati kembali siapakah pemerintah yang menentang atau melanggar persetujuan sekatan ini? Persoalan yang sepatutnya bermain di minda kita sekarang adalah bagaimana kita ingin membebaskan diri daripada para pemerintah ini. Terdapat beberapa pilihan pendapat telah dicadangkan kepada kita, contohnya pengundian supaya mereka keluar. Kita telah pun menyaksikan apa yang dipanggil sebagai pilihanraya demokrasi dalam dunia Islam sejak berakhirnya Perang Dunia ke-2 dan kita masih belum melihat sebarang perubahan. Mereka sebenarnya menghalang perubahan dan mengekalkan status quo. Terdapat banyak sekali cubaan untuk melakukan perubahan melalui perjuangan bersenjata, tetapi ini hanya mengakibatkan ketidakstabilan dan kehancuran dan membawa kita kembali semula ke tempat asal di mana kita mulai.Permasalahan sekarang adalah kaum Muslimin telah terperangkap kerana mereka mengambil polisi-polisi dari rejim-rejim yang telah rosak dan para penyokong mereka dari Barat telah menyesatkan mereka. Sebaliknya polisi kita di dalam semua perkara adalah berlandaskan daripada contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi kesayangan kita, Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam. Hanya Khilafah sebagai sistem pemerintahan Islam yang dapat menyatukan tanah-tanah kaum Muslimin dan membuang sempadan-sempadan palsu yang dicipta penjajah yang mana selama ini telah meletakkan kaum Muslimin sentiasa berada di dalam negeri yang lemah dan terkebelakang. Hanya Khilafah yang akan mendirikan pemerintahan yang bebas dari cengkaman Barat dan adalah menjadi kewajibannya untuk melindungi nyawa serta kehormatan kaum Muslimin dan warganegara di bawahnya. Cadangan-cadangan penyelesaian yang diberikan sebelum ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memastikan supaya perubahan yang komprehensif ini tidak dapat dicapai. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik global yang sedang berusaha di kebanyakan negara kaum Muslimin untuk memimpini umat di dalam mendirikan semula Khilafah. Hizbut Tahrir bekerja secara politik untuk menyatukan umat dalam semua tahap masyarakat dalam usaha mendirikan negara dan membuat perubahan yang menyeluruh. Berusahalah untuk mengetahui bagaimanakah caranya dan anda dapat bekerja bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mendirikan semula Khilafah dan membebaskan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman para pemerintah Muslim yang khianat dan juga tuan-tuan penjajah mereka. Daripada al-A'araj, Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasssalam mengatakan: ""Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung." [HR Muslim]Wallahua'lam.

Yahudi - bangsa terlaknat, hina dan takut mati

Firman Allah SWT,“Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan menyelamatkan diri daripada azab. Allah melihat apa yang mereka lakukan” [TMQ al-Baqarah (2):96].Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [TMQ al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik. Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.“Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi” [TMQ 5:60].”Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik” [TMQ al-A’raf (7):163]”Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet yang hina”. [TMQ al-A’raf (7):166].Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut. Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing.Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi ‘berjaya’ dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah menghadiri pengebumiannya.Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk “The Road to Ramadhan”, mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan 1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan. Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan, walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka untuk berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel. Semasa ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran. Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke Israel.Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja. Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Irak.Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani menyerang dan menawan dua negara Muslim yang ’lemah’ dan dilemahkan iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap Afghanistan pada masa itu.Kini, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003.Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel di Qana’a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh bumi Lebanon untuk menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital. Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej, pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam perang menentang keganasan atau “War on Terror”.Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di dalam Al-Quranul Kareem:“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” [TMQ an-Anfaal (8):65].Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang paling layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya. Wallahu a’lam.

Israel kebalke?

Sejak penubuhannya pada 1948, kekuatan ketenteraan Israel telah diselubungi oleh suatu ‘mitos kekebalan’ yakni Israel tidak boleh dikalahkan secara ketenteraan. Anehnya mitos tersebut jarang-jarang diketengahkan di Israel, tetapi sering kali kedengaran di negara-negara kaum Muslimin.Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan tahun 1948, 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim telah dijadikan asas kepada kekuatan ketenteraan Israel. Dengan berpandukan kepada kekuatan ketenteraan Israel dan pendudukan di dalam wilayah umat Islam, sering dikatakan bahawa konflik ketenteraan dengan Israel secara langsung bukanlah suatu yang difikirkan praktikal untuk negara-negara Arab, selain daripada melakukan rancangan damai. Natijahnya adalah mengiktiraf kedudukan Israel melalui proses-proses rancangan damai.Dalam menyelidiki kekuatan ketenteraan Israel kita mesti mengingatkan diri kita, apakah tujuan mitos ini dan kepada siapakah ianya ditujukan?
Peperangan 1948
Penubuhan IsraelPeperangan tahun 1948 telah mengakibatkan penubuhan Israel. Pada amnya adalah sukar untuk mempercayai bagaimana kekuatan 40 juta penduduk Arab tidak boleh menyaingi kekuatan Yahudi seramai 600,000 orang. Dengan menyelidiki secara mendalam, pihak yang memperjuangkan Palestin sebenarnya menunjukkan bahawa tindakan mereka telah memudahkan lagi penubuhan negara Israel.Pihak yang kononnya memperjuangkan Palestin adalah Raja Abdullah dari Transjordan, Raja Farook dari Mesir dan Mufti Palestin, dan semua mereka adalah pemerintah yang lemah, pengkhianat dan sering bekerjasama dengan (baca: dipergunakan oleh) British. Raja Abdullah yang memperlihatkan dirinya sebagai pejuang Palestin boleh dianggap sebagai seorang pelakon yang hebat. Telah diketahui bahawa beliau dan juga Ben Gurion (Perdana Menteri Israel yang pertama) merupakan pelajar di Istanbul dan dalam satu pertemuan sulit, Abdullah telah bersetuju dengan penubuhan Israel dengan diberikan kawasan Palestin yang diduduki oleh orang Arab menjadi sebahagian dari Jordan.Raja Abdullah mempunyai Arab Legion, iaitu askar seramai 4,500 orang diketuai oleh seorang komandan dari British iaitu General John Glubb. Glubb di dalam memoirnya telah mengatakan bahawa dia diperintahkan oleh kerajaan Britain untuk tidak masuk ke dalam kawasan-kawasan yang dikuasai oleh kaum Yahudi. Mesir kemudiannya melemahkan serangan ke atas Israel, apabila Nakrashi Pasha, Perdana Menteri Mesir tidak menggunakan tentera terlatih yang sebenarnya, tetapi hanya menghantarkan kumpulan tentera sukarelawan yang ditubuhkan pada bulan Januari sebelumnya. Jordan juga melengah-lengahkan laluan tentera Irak menuju Palestin, lalu membantutkan serangan ke atas Israel. Sebab itulah seorang Imam yang buta telah mengaibkan Raja Abdullah dengan menyeru kepada tentera Jordan sebelum peperangan tersebut dengan berkata: Wahai tentera, “alangkah baiknya sekiranya kamu adalah milik kita” iaitu merujuk kepada Arab Legion yang dimiliki oleh British.Walaupun gabungan tentera umat Islam adalah 40,000, hanya seramai 10,000 adalah tentera terlatih. Zionis Yahudi terdiri daripada 30,000 orang bersenjata, 10,000 sebagai barisan pertahanan dan seramai 25,000 sebagai barisan simpanan.Juga, terdapat seramai 3,000 kumpulan bersenjata pengganas Irgun and Stern Gang yang terlatih. Mereka dilengkapi dengan senjata lengkap dan dibiayai oleh pertubuhan Zionis di Amerika dan Britain. Dengan persediaan kaum Yahudi, dibantu dengan pengkhianatan oleh pemimpin Arab pada masa itu telah memudahkan penubuhan negara Israel di Palestin.
Krisis Terusan Suez pada 1956
Peperangan tersebut bukanlah peperangan yang bertujuan untuk membebaskan Palestin tetapi pertelingkahan di antara Britain dan Amerika untuk menguasai Terusan Suez. Amerika Syarikat (AS) melihat bahawa Mesir mesti menjadi sekutu kuatnya jika dia (AS) ingin mahu mempunyai pengaruh di Timur Tengah. Melalui CIA, AS telah berjaya menggulingkan Raja Farouk yang merupakan boneka British di dalam suatu rampasan kuasa dalam tahun 1952. Ini dilakukan melalui kumpulan pegawai Free Officers yang diketuai oleh Gamal Abdul-Nasser. Projek CIA tersebut dikenali sebagai "The Search for a Moslem Billy Graham" (Pencarian untuk Muslim ala Billy Graham). Mike Copeland seorang agen CIA telah menulis buku yang juga hasil pengalamannya yang bertajuk ‘The Game Player', mengenai rampasan kuasa CIA yang menggulingkan Raja Farouk. Copeland yang mengaktifkan projek tersebut menerangkan bahawa ‘CIA memerlukan pemimpin yang berkarisma yang boleh mengalihkan sentimen anti-Amerika yang memuncak di kawasan tersebut’. Dia menjelaskan bahawa CIA dan Nasser mempunyai kata sepakat berkenaan Israel. Untuk Nasser, perang dengan Israel adalah tidak relevan. Yang paling penting adalah pendudukan British di Terusan Suez. Musuh Nasser adalah Britain.Pada tahun 1956, Nasser melakukan nasionalisasi (pemilikan negara) Terusan Suez, bersesuaian dengan agenda Amerika. Tindak balas Britain adalah menyeret Perancis dan Israel ke dalam kancah tersebut. Ini disebut oleh ahli sejarah iaitu Corelli Barnett, yang menulis tentang krisis Terusan Suez di dalam bukunya, ‘Keruntuhan kekuasaan British’: “Perancis memusuhi Nasser sebab Mesir menolong pejuang pemisah Algeria dan mempunyai hubungan sejarah terhadap Terusan tersebut. Juga, kerana pembinaannya melibatkan seorang warga Perancis. Israel mempunyai permusuhan terhadap Nasser disebabkan oleh serangan pejuang komando Palestin dan sekatan Mesir terhadap Selat Tiran. Jadi Perdana Menteri British, Sir Anthony Eden melakukan pakatan tiga negara disertai oleh Perancis dan Israel. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa Israel akan menceroboh Mesir merentasi Semenanjung Sinai. Britain dan Perancis akan campur tangan untuk menghentikan perang semata-mata untuk melindungi Terusan Suez”.AS dan Soviet Union (USSR) memberikan tekanan diplomasi untuk membuatkan Britain mengundurkan diri dari peperangan tersebut. Russia memberikan amaran kepada Paris dan London dengan serangan nuklear. Tekanan antarabangsa yang kuat menjadikan Britain dan Perancis mengundurkan diri mereka dan menjadikan mereka hilang pengaruh di Mesir. AS di bawah pentadbiran Eisenhower mengugut Israel dengan tekanan ekonomi sekiranya mereka tidak mengundurkan tentera mereka daripada wilayah yang ditawan daripada Mesir, iaitu sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada Israel. Selepas krisis tersebut selesai, AS menjadi pengaruh yang paling kuat di Timur Tengah.
Perang Enam Hari 1967
Perang ini adalah satu lagi episod konflik Britain-Amerika untuk menguasai kawasan Timur Tengah. Britain telah diambil alih daripada menjadi kuasa tunggal di kawasan tersebut di negara-negara seperti Jordan, Syria and Israel. Untuk melemahkan Nasser, Britain mengumpan Israel untuk memerangi Mesir, di mana Israel menguasai wilayah-wilayah dan menggunakannya sebagai tebusan untuk mana-mana rundingan damai, suatu yang menjamin kedudukan Israel agar lebih selamat. Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan perang secara tiba-tiba dan memusnahkan 60% daripada angkatan darat Mesir dan 66% daripada kapal terbang pejuang Syria dan Jordan.Tentera Israel menguasai Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada kekuasaan Raja Hussein. Raja Hussein sebelum perang, telah meletakkan tenteranya di tempat yang berbeza daripada tempat berlakunya perang sebenar. Dalam masa 48 jam, Israel telah menguasai bandar-bandar utama di Tebing Barat. Dengan cara yang sama, Israel menguasai Tanah Tinggi Golan yang mempunyai kedudukan yang strategik pada hari ke-enam peperangan. Tentera Syria yang menguasai Tanah Tinggi Golan mendengar berita tentang penguasaan tentera Israel ke atas Tanah Tinggi Golan daripada siaran radio negara sendiri, walaupun tentera Syria sedang menguasai Tanah Tinggi pada masa tersebut. Israel juga telah mengejutkan boneka Amerika iaitu Nasser dengan menguasai Sharm al-Sheikh dan Selat Tiran. Tujuan untuk melemahkan rejim Nasser telah dicapai, dan membantu rancangan British di kawasan tersebut. Israel telah berjaya dalam merampas banyak wilayah dan boleh menggunakannya sebagai tebusan di dalam rundingan damai, di mana sampai sekarang juga digunakan sebagai bahan rundingan damai berbanding dengan keadaan pada tahun 1948. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merangkan pelan UN Partition Plan (Pelan Pembahagian UN) pada tahun 1947, yang memberikan 57% wilayah kepada Israel, dan 42% kepada Palestin. Selepas perang pada tahun 1967, Israel telah menambahkan wilayah penguasaannya kepada 78% daripada wilayah Palestin yang lama.
Perang tahun 1973
Perang 1973 dilancarkan oleh Mesir dan Syria terhadap Israel memperlihatkan tujuan yang terhad dan sama sekali tidak bertujuan untuk membebaskan Palestin. Ianya tidak bertujuan untuk membebaskan Tanah Tinggi Golan yang mana digunakan untuk perjanjian damai di antara Syria dan Israel. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Anwar Sadat dan Hafez al-Assad yang merupakan pemimpin baru di negara yang mudah berlakunya rampasan kuasa. Kedudukan Sadat adalah lebih merbahaya disebabkan beliau menggantikan Nasser yang merupakan pemimpin yang berkarisma.Mohammed Heikal yang merupakan penyunting untuk suratkhabar Al-Ahram daripada tahun 1957 – 1974, yang menyaksikan perang tersebut, telah menulis suatu buku yang bertajuk ‘The Road to Ramadhan' yang mendedahkan motif utama Anwar Sadat di dalam perang tersebut. Heikal merujuk kepada salah satu General di dalam ketenteraan Sadat, iaitu Mohammed Fouwzi, yang memberikan kiasan tentang seorang pahlawan samurai yang menghunus dua jenis pedang iaitu pedang panjang dan pedang pendek. Fouwzi mengatakan bahawa perang ini adalah jenis pedang pendek, iaitu ianya mempunyai motif yang terhad dan tertentu.Anwar Sadat tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan perang untuk pembebasan Palestin dengan menentang Israel. Itulah sebabnya beliau meminta perjanjian damai dengan Israel walaupun beliau mempunyai kedudukan untuk mengalahkan Israel di dalam perang tersebut. Dalam masa 24 jam pertama, Mesir melancarkan serangan kilat menjangkaui tembok Bar Lev yang merentasi kawasan di sebelah timur sepanjang Terusan Suez dengan melibatkan angka korban seramai 68 orang perajurit. Pada masa yang sama 2 pasukan ketenteraan Syria dan 500 kereta kebal masuk ke Tanah Tinggi Golan dan menguasai sebahagian wilayah yang hilang dalam perang tahun 1967. Dalam masa dua hari peperangan, Israel kehilangan sebanyak 49 kapal, jet pejuang dan 500 kereta kebal. Di dalam situasi ini, Sadat mengirimkan berita kepada Setiausaha Amerika Syarikat iaitu Henry Kissinger yang mana mengatakan bahawa tujuan perang ini adalah ”membawakan keamanan di Timur Tengah dan bukannya penempatan sementara”. Maklumat tersebut seterusnya mengatakan sekiranya Israel mengundurkan tenteranya daripada wilayah yang dikuasainya, Mesir akan mengambil bahagian di dalam rundingan damai di bawah kelolaan UN atau badan yang berkecuali.Walaupun mempunyai kelebihan strategik di dalam perang tersebut, Sadat masih lagi mempunyai rancangan untuk berdamai di awal peperangan tersebut. Keengganan Sadat untuk mempergunakan kelebihannya di awal peperangan tersebut untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sinai telah memberikan Israel ruang untuk mengatur langkah, menanti bantuan senjata daripada Amerika dan kemudian berjaya menawan semula wilayah yang hilang pada mulanya. Permusuhan secara rasminya telah berakhir pada 25 Oktober 1974.Kesemua peperangan tersebut telah menyaksikan bagaimana para pemimpin umat Islam tidak serius untuk berperang menentang Israel bagi membebaskan Palestin. Semua fakta tersebut telah menggambarkan keadaan sebenarnya di sebalik mitos kekebalan Israel yang mana umat Islam mempercayainya selama ini. Sesungguhnya pengkhianatan yang nyata telah dilakukan oleh para pemimpin yang tidak ikhlas yang bekerjasama dengan musuh, lalu menjelmakan mitos bahawa Israel itu kebal, di samping selalu mengungkit dan selalu menyebut-nyebut mitos tersebut. Perang yang mana dunia Arab menentang Israel, menunjukkan bahawa negara Muslim sama ada bersendirian atau bergabung tidak pernah berperang dengan bertujuan untuk membinasakan Israel. Setiap perang yang dilancarkan mereka terhadap Israel mempunyai pengkhianatan dan objektif yang tertentu, dan tidak satu pun di antaranya bertujuan untuk membebaskan Palestin dan melenyapkan Israel. Untuk ‘memberi ugutan’ terhadap Israel pun bukanlah objektif perang tersebut sama sekali, walaupun hakikatnya tentera-tentera Arab mampu melakukan lebih dari itu.

Tuesday

Service ke Services?



Aku betul-betul tak puas ati dengan staff Sri Lanka Airlines..camni citenye..
satu ari tu aku nak booking tiket ke Pakistan, untuk ke pakistan pasengger kene transit kat Cambodia pastu kene stay lebih kurang berjam-jam tapi tak la lebih 24 jam, pastu barula flight ni ke Karachi. Sebenarnya aku nak beli tiket MAS jek tapi memandangkan tiket sri Lanka ni lebih murah jadi aku buat decision beli tiket Sri Lanka Airlines jek...
Nak dijadikan cite, pada ari sabtu aku kol Sri Lanka airlines ni,aku tanyela pasal tiket price dan segala-galanyala staff layan aku ok bangat..klu 5* aku bleh bagi 51/2*..betul serius aku cakap.
On that day aku tak booking lagi tiket just tanye jela,than pada ari Selasa berikutnye aku kol balikla Sri Lanka Airlines..mule mase aku kol tu aku termasuk dalam waiting list.Mungkin sebab Q banyak sangat operator mesin tu ckp aku orang yang pertama dalam waiting list so aku tak kisah la biasela ticketing punye line ni mesti sibuk..lepas 15minit aku tunggu,operator mesin tu cakap lagi aku waiting list yang pertama..aku rileks la lg,pas 10 minit aku tunggu tetiba tepon aku senyap pastu bunyi tutututututut..dalam ati aku sah da terputus ni.
Aku dengan rilex dan cool aku tepon la lagi airlines ni..alhamdulillah la ada staff yang angkat pastu da cakap-cakap aku nak booking tiket ape sume,staff ni cakap"im sorry sir,1 minute please,hold on" aku pn dengan kelat-kelat lidah nak cakap omputih aku pn cakap la "ok nevermind" than tak sampai 5 saat line putus tak taula die saje letak ke atau pn memang betul2 putus. Perkara ni berlanjutan la sampai 5,6 kali,hati aku dah panas da,baju aku da sedikit terbakar akibat kepanasan hati dan badan aku..sampai last2 aku kol dia just cakap hello,hello,hello aku memang pasti die buat-buat macam tu seolah-olah die tak dengo ape yang aku cakap. Aku give up dan aku lupekan Sri Lanka Airlines ni yang katenye murah dan juga servisnye kepada pelangganye juga..(paham-pahamla,aku tak nak state kat sini..)
Jadi aku beli MAS airlines punye tiket, biarpun mahal tapi servisnye ok, awek kat kaunter MAS kat JB ni pun cun kalau korang dengar suarenye..alaaahaii cair...(Janganla sampai betara guru tau mampus aku..)
Kat sini aku nak bagitaula kat airlines yang terbabit, walaupun korang company besar sekalipun kalau camnila ko punye servis aku yakin terlingkup jugak ko nanti... nak tau cmne? meh aku tunjuk kat bawah ni:ni contoh...
AKU(Bercerita buruk pasal korang)
I (aku cerita kat)
10
I
10
I
10
I
10
I
10 (dan seterusnya)
P/S jadi agak2 korang berapa ramai yang boleh tau cite korang ni? tapi aku tak nakla dengki sangat ngan korang..korang paham-paham jela..

Beware Tourists!

MY FRIEND TOLD…
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ………… … satu> peringatan.>> I would like to relate to you all an incidence… ……… …… quite> recent, i.e. about two weeks ago……… ..>> After my daughter’s wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja> nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to> Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga> menolong buat hantaran dsb.>> Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan> isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli> chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah> diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate> juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.>> Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak> di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang> sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok> tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa> memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.>> Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu> yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok> tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).>> Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan> bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my> cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free> Shop tadi….. bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi> percuma.>> Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai> polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana> salah faham beliau. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk> membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki> kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana> dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.>> Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my> cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu> dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut> dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin> telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang> mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah> seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu ada> seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya> kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana> beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut> untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran,> beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan> didakwa mencuri!)>> Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang> menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My> cousin’s wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi> kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat,> beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik> ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my> cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan> beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua> rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak> Kedutaan kita di Bangkok.>> Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari> Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.> Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000…. . tapi adik ipar my cousin ini> tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah> beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran> sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut,> polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan> bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri> dari matawang asing……. .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa> bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.>> Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa> majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan> didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut> pun……… ….). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa> bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang> penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport> Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau> telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.>> Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh> pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air> Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih> mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau> menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my> cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata> ada tiket lagi dengan air asia…….. …….. (nampaknya semua peringkat> yang mengambil kesempatan)>> Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau> sebagai ‘Thief’! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke> pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air> Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my> cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my> cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada> rakyat kita…….. …. tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih> dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara> yang sama…… dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan> sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini> sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.>> Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak> mempercayainya. ….. macam cerita wayang saja……. tapi percayalah.. …> memang ini kisah benar.>> “Yesterday is but today’s memory, tomorrow is today’s dream.”KahlilGibran.

Monday

PERMULAAN yang BERAKHIR...

Assalamualikum ...
AKHIRNYA... terbuka jua ati aku nak menulis blog....setelah sekian lame jiwe aku meronta-ronta nak tulis blog akibat bisikan,paandangan dan pemerhatian blog2 yg lain ari ini jari jemariku berjaya menekan simbol2 dipapan kekunci dan memberi lembaran baru kepada aku utk menulis segala yang berada dibenakku dan juga atiku..(cheeewah ayat...)
Arini genap sebulan aku kat JB dan setelah sekian lame aku tercari2 'sesuatu' akhirnye aku dapat jugak 'sesuatu' yang aku nak tu..walaupun 'sesuatu' itu belum lagi dapat memuaskan ati aku tapi aku tetap bersyukur kerana desakkan hidup 'sesuatu' itu tetap dapat membantu aku utk teruskan hidup dan 'sesuatu' itu mungkin bersifat sementara mngkin jua bersifat kekal atau selamanya...terpulanglah kepada takdir Allah S.W.T aku sebagai hambanya yang hina dan lemah ini tetap berusaha untuk mengubah 'sesuatu' kepunyaanku manjadi lebih baik dan yang terbaik untuk masa hadapanku...